JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
- Menurut Kubiszyn dan Borich (2003)-JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
- JSU merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
- Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
- Kandungan topik-topik pengajaran
- Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
- Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
- Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.
BENTUK-BENTUK UJIAN
- Objektif
- Esei
- Amali
- Kertas Khusus (dll)
KEPENTINGAN JSU
- Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
- Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
- Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
- Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
- Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
- Membandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
PENYEDIAN JSU
- JSU mengandungi maklumat tentang:
- Bentuk dan panjangnya ujian
- Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
- JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
- Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
- Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
- Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
- Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
- Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
PENENTUAN ARAS
- Pengetahuan
- Aplikasi
- Kefahaman
- Analisis
- Sintesis
- Penilaian
ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal
Contoh Kata Kerja
- Labelkan
- Senaraikan
- Manakah
- Apakah
ARAS KEFAHAMAN
Ciri Soalan
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilutrasi dalam bahasanya sendiri
Contoh Kata Kerja
- Terangkan
- Jelaskan
- Huraikan
- Tukarkan
ARAS APLIKASI
Ciri Soalan
Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsure persamaan.
Contoh Kata Kerja
- Selesaikan
- Binakan
- Carikan
- Tunjukkan
- Kirakan
- Demonstrasikan
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU
Langkah Pertama
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
Langkah Kedua
- Tentukan soalan yang hendak dibina
- Objektif
- Jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah Ketiga
Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah Keempat
Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).
Langkah Kelima
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
- Menentukan aras kesukaran soalan
- Penetapan markah
Langkah Keenam
Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk
1 comments:
salam, minta izin utk share
Post a Comment