Theme designed by

Monday, July 5, 2010

MINGGU 1: PENGERTIAN DAN KONSEP

PENGERTIAN DAN KONSEP : PENTAKSRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN

PENTAKSIRAN

DEFINISI

  • Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap seorang suatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Tujuan Pentaksiran

· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

DEFINISI

  • Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
  • Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
  • Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

  • Menurut Cronbach (1970),
  • “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
    laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
    satu sistem yang berkategori”.

    KONSEP

  • Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
  • Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.
  • Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

PENILAIAN

DEFINISI

  • Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

KONSEP

  • Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

  • Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
  • Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya
KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

  • Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
  • Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
  • Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
  • Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
  • Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

0 comments:

Post a Comment