Theme designed by

Wednesday, July 28, 2010

MINGGU 5: JENIS PENILAIAN BAHASA

Jenis Penilaian Bahasa
- Ujian formatif
- Ujian Sumatif
- Ujian Kefasihan
- Ujian Kemajuan
- Ujian Bakat
- Ujian Pencapaian

UJIAN FORMATIF
- Dibina oleh guru untuk menguji kemahiran yang telah diajar.
- Berasaskan kepada sesuatu kemahiran dalam jangka masa yang pendek
- Bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam sub sesuatu kemahiran bahasa.

UJIAN SUMATIF
- Adalah bertujuan untuk menguji pencapaian murid untuk jangka masa yang panjang.
- Isi pengajaran dibina secara meluas
- Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak.

UJIAN KEFASIHAN
- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa
- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai.
- dinilai berdasarkan – sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

UJIAN KEMAJUAN
- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.

UJIAN BAKAT
- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing
- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang ”artificial”- mengandungi pelbagai unsur bahasa.


UJIAN PENCAPAIAN
- Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi pelajaran yang telah diajar.
- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 4 : SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF

SOALAN OBJEKTIF

  • Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
  • Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

I Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

  1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
  2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

ITEM RESPON TETAP (ITEM JENIS PILIHAN)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

JENIS SOALAN RESPON TETAP;

  • Format salah betul
  • Padanan
  • Aneka pilihan

Format salah betul

Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),

Padanan


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.

Jenis item aneka pilihan;

  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan

Panduan pembinaan

  1. Pokok soalan (stem)

v Bahasa mudah difahami

v Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap

v Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi

v Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)

v Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.

  1. Bahan ransangan

1. Pilihan jawapan

v Jawapan yang disediakan haruslah logik.

v Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)

v Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.

v Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.

v Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

v Tiada perkataan yg berulang

v Pastikan satu jawapan sahaja yg betul

  1. Distraktor (penganggu jawapan)
  2. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan

  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan

  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis

· Tindak balas terhad (struktur – jawapan : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)

· Tindak balas lanjutan (esei)

PRINSIP PEMBINAAN SOALAN JENIS STRUKTUR

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.


PRINSIP PEMBINAAN SOALAN JENIS ESEI

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
  • Tugas / arahan soalan jelas
  • Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
  • Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
  • Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
  • Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan

  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan

  • Bidang yang diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Sunday, July 25, 2010

MINGGU 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

  • Menurut Kubiszyn dan Borich (2003)-JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • JSU merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
  • Kandungan topik-topik pengajaran
  • Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
  • Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
  • Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.

BENTUK-BENTUK UJIAN

  • Objektif
  • Esei
  • Amali
  • Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JSU

  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Membandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

PENYEDIAN JSU

  • JSU mengandungi maklumat tentang:
  • Bentuk dan panjangnya ujian
  • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
  • Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

PENENTUAN ARAS

  • Pengetahuan
  • Aplikasi
  • Kefahaman
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian

ARAS PENGETAHUAN

Ciri soalan

Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal

Contoh Kata Kerja

  • Labelkan
  • Senaraikan
  • Manakah
  • Apakah

ARAS KEFAHAMAN

Ciri Soalan

Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilutrasi dalam bahasanya sendiri

Contoh Kata Kerja

  • Terangkan
  • Jelaskan
  • Huraikan
  • Tukarkan

ARAS APLIKASI

Ciri Soalan

Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsure persamaan.

Contoh Kata Kerja

  • Selesaikan
  • Binakan
  • Carikan
  • Tunjukkan
  • Kirakan
  • Demonstrasikan

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah Pertama

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Langkah Kedua

  • Tentukan soalan yang hendak dibina
  • Objektif
  • Jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah Ketiga

Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah Keempat

Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

Langkah Kelima

  • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
  • Menentukan aras kesukaran soalan
  • Penetapan markah

Langkah Keenam

Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk

Friday, July 23, 2010

MINGGU 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu:

Domain Kognitif : aspek pengetahuan.berbeza mengikut kompleksnya.

Domain Afektif : sikap perasaan, emosi. Berbeza mengikut aras penghayatan.

Domain Psikomotor :perkembangan kemahiran motor- berbeza mengikut kepakaran pelaksaannya.

  • Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
  • Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
  • Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

  1. Pengetahuan
  2. Kefahaman
  3. Aplikasi
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,

tulis semula.

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

DOMAIN KRATHWOHL


Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi domain ini :

  1. Penerimaan
  2. Bertindak balas
  3. Menilai
  4. Organisasi
  5. Perwatakan

PENERIMAAN

  • Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
  • Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
  • Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :

BIL

ARAS

HURAIAN

1

kesedaran

pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

2

Kesudian untuk menerima

sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

3

Perhatian yang terkawal atau terpilih

pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

  • Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
  • Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI

  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.