Theme designed by

Friday, July 23, 2010

MINGGU 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu:

Domain Kognitif : aspek pengetahuan.berbeza mengikut kompleksnya.

Domain Afektif : sikap perasaan, emosi. Berbeza mengikut aras penghayatan.

Domain Psikomotor :perkembangan kemahiran motor- berbeza mengikut kepakaran pelaksaannya.

  • Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
  • Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
  • Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

  1. Pengetahuan
  2. Kefahaman
  3. Aplikasi
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,

tulis semula.

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

DOMAIN KRATHWOHL


Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi domain ini :

  1. Penerimaan
  2. Bertindak balas
  3. Menilai
  4. Organisasi
  5. Perwatakan

PENERIMAAN

  • Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
  • Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
  • Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :

BIL

ARAS

HURAIAN

1

kesedaran

pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

2

Kesudian untuk menerima

sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

3

Perhatian yang terkawal atau terpilih

pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

  • Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
  • Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI

  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

0 comments:

Post a Comment