Theme designed by

Saturday, September 18, 2010

MINGGU 9: PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Lisan
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis

PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kemahiran mendengar
-Kemahiran paling asas
-Berlaku pada peringkat penerimaan
-Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

Kemahiran bertutur
-Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
-Peringkat penglahiran
-Perlu ditiru & diajuk
-Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

TUJUAN KEMAHIRAN LISAN

-Menyebut perkataan / ayat dgn betul
-Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
-Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).

Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid:

-Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
-Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
-Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
-Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
-Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
-Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
-bacaan kuat , syarahan , perbahasan , bercerita , perbincangan , hafazan , temu bual , soal jawab, nyanyian , deklamasi sajak, mendengar dan memberi respon secara lisan.

Penilaian lisan membolehkan guru:
-mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
-mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
-mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
-mengesan kelancaran dalam sebutan.
-mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
-Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.Cth : PLBS

Menyediakan Instrument
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Konsep Kemahiran Mendengar
1. Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
2. Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
3. Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
4. Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
5. Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
6. Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Mendengar:
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif
- Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
- Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
Mendengar secara bertelau-telau
- Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
- Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.
Mendengar tanpa tindak balas
- Mendengar tp tidak bertindak balas
- Tidak beremosi dan tidak memahami
Mendengar secara menebuk-nebuk
- Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
- Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
Mendengar secara beremosi
- Mendengar & mampu meransang emosi
- Merasa sesuatu dan bertindak balas
Mendengar secara berhati-hati
- Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
- Memahami ujaran dgn tepat
Mendengar secara kritikal
- Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
- PnP KBKK
Mendengar secara pengamatan
- Murid sudah mampu berfikir kritikal
- Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)
Mendengar secara kreatif
- Mengulas, mengritik, menilai
- Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
Peringkat awal
- Melakukan sesuatu yg disuruh
- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
- Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
Peringkat pertengahan
- Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
- Mengesan urutan
- Mengenal sebab dan akibat
Peringkat maju
- Mengenal isi-isi penting
- Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
- Mentafsir maksud
- Memberitahu tekanan dan intonasi

Konsep Bertutur
- Gabungan bunyi-bunyi bahasa
- Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
- Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
- Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek Pertuturan
a)Sebutan
- murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b)Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa
- merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
- Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
- fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
- morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
- sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
- Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda
- jeda = persendian
- digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
- Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
- lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
- /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi
- merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
- juga disebut sebagai nada suara
- intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
- intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

I)Nada
- nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
- nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran
- bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
- murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
Gaya yg sederhana
- Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
- Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
Gaya bahasa mulia & bertenaga
- Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
- Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
Gaya menengah
- Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
- Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
- Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktor Mempengaruhi Pertuturan
1. Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
2. Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
3. Fizikal – alat artikulasi
4. Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
5. Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
6. Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
7. Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.

0 comments:

Post a Comment