Theme designed by

Saturday, September 18, 2010

MINGGU 10: PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

FORUM

-sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
-dijalankan secara formal.
-teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
1. -pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
2. -meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
-tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
-soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT

-pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
-terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
-huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
-setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
-pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
-sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO
huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN
  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.\
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
SAJAK


  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama

ii) Ceramah pendidikan

iii) Ceramah kesihatan

iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN

  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :(a) Kata alu-aluan/pendahuluan(b) Kata-kata penghadapan(c) Isi(d) Penutup
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.

Peringkat / Langkah Kemahiran


1)Persediaan


Memahami tajuk dan kehendak soalan.

• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan

• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan


2) Penulisan


Menulis perenggan pendahuluan

• Mengembangkan isi-isi secara tersusun

• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan


Menyemak ejaan dan tanda baca

• Menyemak tatabahasa

• Menyemak jumlah perkataan

0 comments:

Post a Comment