Wednesday, July 28, 2010
MINGGU 5: JENIS PENILAIAN BAHASA
Tuesday, July 27, 2010
MINGGU 4 : SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF
SOALAN OBJEKTIF
- Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
- Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
- Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
- Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
- Item respon bebas
- Item respon tetap (item objektif pilihan)
I Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
- Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
- Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
ITEM RESPON TETAP (ITEM JENIS PILIHAN)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
JENIS SOALAN RESPON TETAP;
- Format salah betul
- Padanan
- Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
- Berbentuk soalan
- Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
- Analogi
- Antonim
- Jenis negatif
- Mengisi tempat kosong
- Jenis campuran
- Teknik kloz
- Mengelaskan
Panduan pembinaan
- Pokok soalan (stem)
v Bahasa mudah difahami
v Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
v Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
v Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
v Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
- Bahan ransangan
1. Pilihan jawapan
v Jawapan yang disediakan haruslah logik.
v Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
v Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
v Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
v Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
v Tiada perkataan yg berulang
v Pastikan satu jawapan sahaja yg betul
- Distraktor (penganggu jawapan)
- Struktur item (roman & abjad)
Kelebihan
- Mudah disemak
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
- Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
- Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
- Potensi untuk meneka jawapan tinggi
- Sukar untuk dibina
- Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
- Calon bijak tidak perlu belajar banyak
- Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF
Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis
· Tindak balas terhad (struktur – jawapan : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
· Tindak balas lanjutan (esei)
PRINSIP PEMBINAAN SOALAN JENIS STRUKTUR
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
PRINSIP PEMBINAAN SOALAN JENIS ESEI
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif
- Membentuk JSU
- Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
- Tugas / arahan soalan jelas
- Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
- Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
- Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
- Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
- Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
- Bidang yang diuji terhad
- Soalan boleh diramal
- Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
- Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
Sunday, July 25, 2010
MINGGU 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
- Menurut Kubiszyn dan Borich (2003)-JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
- JSU merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
- Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
- Kandungan topik-topik pengajaran
- Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
- Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
- Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.
BENTUK-BENTUK UJIAN
- Objektif
- Esei
- Amali
- Kertas Khusus (dll)
KEPENTINGAN JSU
- Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
- Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
- Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
- Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
- Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
- Membandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
PENYEDIAN JSU
- JSU mengandungi maklumat tentang:
- Bentuk dan panjangnya ujian
- Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
- JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
- Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
- Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
- Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
- Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
- Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
PENENTUAN ARAS
- Pengetahuan
- Aplikasi
- Kefahaman
- Analisis
- Sintesis
- Penilaian
ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal
Contoh Kata Kerja
- Labelkan
- Senaraikan
- Manakah
- Apakah
ARAS KEFAHAMAN
Ciri Soalan
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilutrasi dalam bahasanya sendiri
Contoh Kata Kerja
- Terangkan
- Jelaskan
- Huraikan
- Tukarkan
ARAS APLIKASI
Ciri Soalan
Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsure persamaan.
Contoh Kata Kerja
- Selesaikan
- Binakan
- Carikan
- Tunjukkan
- Kirakan
- Demonstrasikan
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU
Langkah Pertama
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
Langkah Kedua
- Tentukan soalan yang hendak dibina
- Objektif
- Jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah Ketiga
Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah Keempat
Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).
Langkah Kelima
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
- Menentukan aras kesukaran soalan
- Penetapan markah
Langkah Keenam
Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk
Friday, July 23, 2010
MINGGU 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL
TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu:
Domain Kognitif : aspek pengetahuan.berbeza mengikut kompleksnya.
Domain Afektif : sikap perasaan, emosi. Berbeza mengikut aras penghayatan.
Domain Psikomotor :perkembangan kemahiran motor- berbeza mengikut kepakaran pelaksaannya.
- Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
- Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
- Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
- Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
- Pengetahuan
- Kefahaman
- Aplikasi
- Analisis
- Sintesis
- Penilaian
TAHAP | ISTILAH |
Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. | Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. |
Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. | Pilih, terangkan, tulis semula. |
Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. | selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. |
Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. | Bezakan, pasti, pilih. |
Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. | Bina, hasilkan, susun, kembangkan. |
Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik | Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. |
Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
DOMAIN KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi domain ini :
- Penerimaan
- Bertindak balas
- Menilai
- Organisasi
- Perwatakan
PENERIMAAN
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
BIL | ARAS | HURAIAN |
1 | kesedaran | pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. |
2 | Kesudian untuk menerima | sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. |
3 | Perhatian yang terkawal atau terpilih | pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian |
GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.